
Sireh amat terkenal khasiatnya pada masyarakat melayu sebagai bahan perubatan asli yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Berupaya untuk menguatkan struktur eperdermis kulit dan merupakan antiseptik yang asli semulajadi. Mengandungi vitamin C untuk mengekalkan keremajaan kulit.
Kunyit pula bertindak secara semulajadi melindungi penipisan pada kulit, kehilangan keanjalan dan pembentukan garis-garis halus. Ekstrak kunyit mengandungi bahan antioksidan dan antiseptik semulajadi membantu menghalang radikal bebas yang mencemarkan pada kawasan sulit. Ia mengekalkan kelembapan semulajadi kulit dan mencerahkan noda hitam pada kulit dan juga anti randangan.
Cara Pengunaan: Ratakan pada seluruh bahagian sulit dan bilas dengan air bersih. Dengan PH 3.5 iaitu PH yang sesuai untuk kawasan vagina untuk mengekalkan kelembapan semulajadi dan mengawal pembiakan bakteria. Boleh digunakan berulang kali atau bila diperlukan.
Kod Kementerian: NOT080801444K
Harga: RM 15.90 (SM)
RM 17.90 (SS)

Bedak Air Herba adalah persediaan traditional yang kaya dengan ramuan dan pati herba seperti ekstrak kulit kayu manis, ekstrak akar manis dan ekstrak kunyit. Dipercayai dapat membantu melegakan gatal-gatal dan kerengsaan pada kulit dan wajah. Memudarkan parut serta noda hitam. Menyekat pertumbuhan jerawat dan mengeringkan jerawat. Melegakan pelbagai masalah berkaitan dengan kulit. Juga sesuai untuk mengatasi masalah ruam lampin. Pengunaan secara rutin harian dapat melicinkan dan menghaluskan kulit dan wajah.
Kod Kementerian: NOT080801432K
Harga: RM 10.00 (SM)
RM 12.00 (SS)

Sabun buatan tangan alami dengan adunan Minyak Pati Halia dan Minyak Kelapa Asli khusus menghidratkan kulit kering dan menghangatkan tubuh. Minyak Pati Halia bertindak sebagai anti inflamasi dan anti bakteria. Aromanya yang hangat dan melegakan sangat berguna pada kulit. Gabungan kedua jenis minyak ini dipercayai dapat membantu pelbagai masalah kulit, kulit kepala seperti kelumumur, kutu dan berupaya menghilangkan bau badan dan mengurangkan peluh dan kesembapan. Sabun kegunaan dari rambut hingga ke kaki.
Kod Kementerian: NOT080801369K
Harga: RM 10.00 (SM)
RM 12.00 (SS)

Olahan ekstrak dari betik (papain enzyme) membantu melegakan kulit, mengecilkan pori pada kulit terbuka dan membantu mengurangkan masalah pada kulit wajah, pada kulit dan membantu mencerah dan melembutkan wajah. Penggunaan secara rutin memberikan kulit yang bersih, lembut, cerah dan sekata.
Kod Kementerian: NOT080801369K
Harga: RM10.00 (SM)
RM 12.00 (SS)

Sabun buatan tangan alami dengan adunan Pati Kulit Kayu Manis dan Minyak Kelapa Asli khusus bertindak sebagai antioksidan membantu mengawal masalah pada kulit wajah dan juga mencerahkan kulit wajah. Cinammon Tanin dalam ekstrak kulit kayu manis bertindak sebagai antiseptik yang amat berkesan membantu perawatan jerawat, kegatalan pada wajah dan badan akibat masalah resdung. Juga bertindak sebagai anti inflamasi dan anti bakteria yang berkesan. Pengunaan secara rutin dapat mencerahkan kulit wajah dan memudarkan parut jerawat atau parut yang ringan atau cela pada seluruh tubuh dan wajah. Sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita untuk menangani kulit bermasalah.
Kod Kementerian: NOT080801426K
Harga: RM10.00 (SM)
RM 12.00 (SS)

Efek Pencerahan dan Penganjalan
Serum keremajaan adalah perumusan baru yang membantu semula kepejalan dan keanjalan permukaan kulit. Direka untuk melewatkan tanda-tanda dan garis penuaan merejuvenasikan kulit supaya kelihatan berseri-seri. Bertindak dengan cepat pada pengurangan kesan penuaan, noda, dan cela hitam. Kaya dengan antioksidan. Dirumus khusus untuk memberi rasa kulit yang lebih lembut dan lincin dengan cepat dan segera. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara Penggunan:
Sapukan pada muka dan leher yang bersih setiap hari. Biarkan sehingga serum meresap ke dalam kulit sepenuhnya diikuti dengan penggunaan krim siang atau krim pelindung matahari.
Kod Kementerian: NOT080801433K
Harga: RM29.90 (SM)
RM31.90 (SS)

Mengandungi SPF 25 untuk melindungi kulit daripada UVA dan UVB yang boleh menjejaskan kulit. Mengandungi Vitmin E bertindak sebagai antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas, memperlahankan proses penuaan kulit dan menlindungi kulit daripada pancaran matahari yang menyebabkan kedutan. Tidak berminyak, tidak melekit amat sesuai sebagai asas makeup.
Cara Penggunaan: Sapu krim pada seluruh wajah dan leher. Untuk kesan terbaik bersihkan muka dengan sabun dan bilas bersih diikuti dengan pengguna serum Vitamin C
Kod Kementerian Kesihatan: NOT080900101K
Harga: RM15.00 (SS)
RM17.00 (SM)

Formulasi perawatan kulit wajah dengan Ekstrak Buah-Buahan Semulajadi dan Ekstrak Kacip Fatimah mengandungi kalogen asli yang selamat untuk mencerah, mengawal pertumbuhan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai masalah kulit. Bertindak secara semulajadi mencerahkan, menegang kulit wajah dengan efek lembut. Penggunaan secara harian menjadikan kulit lembut, berseri dan sekata.
Cara Penggunaan:
Untuk penggunaan malam sahaja. Sapu dengan lembut dan sekata pada seluruh wajah dan leher. Untuk kesan terbaik digunakan bersama Serum Vitamin C. Gunakan krim malam hanya lapisan nipis sahaja kerana produk amat berkesan walau dalam penggunaan yang nipis. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Kod Kementerian Kesihatan : NOT080801435K
Harga: RM35.00 (SS)
RM37.00 (SM)

Bahan aktif dikenali sebagai Xanthon dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Dipercayai dapat membantu pelbagai masalah penyakit kulit, jangkitan kulat dan menghaluskan kulit. Manggis juga berupaya untuk menghilangkan bau badan, mengecilkan pori kulit yang terbuka dan mengurangkan radangan pada kulit akibat jerawat dan memudarkan parut.
Cara Penggunaan:
Basahkan badan dan sapu rata skrub garam pada seluruh tubuh, urut secara lembut tumpukan pada bahagian tubuh yang kasar, bilas dengan air bersih. Amalkan 2 atau 3 kali dalam seminggu untuk mendapatkan kulit yang bersih dan lembut. Elakkan pada kulit yang luka atau calar.
Kod Kementerian Kesihatan: NOT080801440K
Harga:
RM17(SM)
RM20(SS)

Asam jawa yang kaya dengan kandungan Tartaric Acid dikategorikan sebagai Alpha Hydroxy Acid bertindak secara lembut menghilangkan daki mati atau sel mati pada kulit sehingga kawasan yang sukar seperti ketiak, celah peha, leher, siku, lutut dan buku lali. Membersih, mencerah dan melicinkan kulit. Ia juga mampu menegang dan menggalakkan pertumbuhan sel baru pada kulit sambil mengekalkan kelembapan semulajadi. Boleh digunakan selalu untuk mendapatkan kulit yang sehat dan bersih.
Cara Penggunaan:
Basahkan badan dan sapu rata skrub garam pada seluruh tubuh, urut secara lembut tumpukan pada bahagian tubuh yang kasar, bilas dengan air bersih. Amalkan 2 atau 3 kali dalam seminggu untuk mendapatkan kulit yang bersih dan lembut. Elakkan pada kulit yang luka atau calar.
Kod Kementerian Kesihatan: NOT080801437K
Harga: RM17.00 (SM)
RM20.00 (SS)